Jumaat, 10 September 2010 @ 1:48 PG

bengkel sajak oleh cik saeda buang.


Hafiz, Fana, Safwanah, Shafa, Cik Saeda Buang :D
Seperti tertera di tajuk pos ini, kami berempat telah ke bengkel sajak yang dikelolakan oleh Perpustakaan Negara pada 25 Julai yang lalu.



Isnin, 6 September 2010 @ 4:26 PG

sajak: ramadhan.

Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera…

Hubungan terikat sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi…

Bukan mudah menahan diri,
Bukan sukar mengawal situasi,
Tekadkan nurani tegarkan diri,
Ingatlah Yg Maha Melihat sentiasa di sisi…

Selera dijamah sebelum Subuh,
Azan Maghrib tanda berbuka,
Sebulan cuma Ramadhan berlabuh,
Mohon berkat selagi mata terbuka…

Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari,
Mahmudahkan diri setiap waktu,
Walau Ramadhan kan pergi esok hari…

Nukilan:
No-rulesz Has’z



@ 4:02 PG

nafsu terantai di tuntutan agama.

Salam.

Dari bulan Februari hingga September, saya telah menaik turunkan 5 tugasan sahaja. Tidak boleh jadi ni. Jam menunjukkan 3 pagi. Tampaknya, saya sukar untuk tidur. Ingatkan nak menceriakan lagi blog ini kerana masih ada banyak masa lagi sebelum saya tidur, tetapi saya terlupa untuk membawa balik fail Sastera. Jadi... lain kali sahaja lah ya. Buat masa sekarang,


saya mahu berkongsi gambar ini dengan semua! Gambar ini dipetik sempena acara pembukaan Maybank di Geylang, dan kami disuruh untuk membuat persembahan Kompang, Gamelan serta Tarian Jumaat lalu, 3 September 2010. Kenangan indah sebegini tidak akan saya lupakan, kerana setiap persembahan membuat kami lebih dekat lagi. :D

Saya bersyukur kerana saya mempunyai teman-teman dan guru-guru yang telah mendorong saya dalam pelajaran serta kehidupan seharian. Tanpa mereka, saya merupakan serpihan-serpihan kaca yang tidak boleh digamkan semula. HAHAHAHAHAHA. K. Nampaknya saya telah mencengkam 'feeling' keheningan malam ah. Merepek nye k shh.

Secara keseluruhan, terima kasih, kepada semua yang TERLIBAT dalam hidup saya. :D
Semoga Tuhan mencucuri rahmatmu, dan memberi kamu rezeki yang berlimpahan. Amin.

Wassalam.



Ahad, 18 Julai 2010 @ 2:11 PG

Anak Bumi Tercinta.

Tugas: Catatkan penilaian anda tentang watak utama buku cerita anda.

Judul Cerpen: Anak Bumi Tercinta
Pengarang: Fatima Busu
Watak: Kak Jarah


SANGAT BAIK :D
  • Sering belajar dan menelaah di rumah
  • Selesaikan kerja rumah dengan sempurna
  • Selalu beli buah tangan balik dari sekolah buat keluarganya
  • Mandi dan sabunkan Matain setiap hari
  • Sering menyelesaikan masalah antara Matain & Sitiawa
SANGAT BAIK HATI :D
  • Akan menemani Matain makan masakan gulai
  • Belikan sotong kering buat Matain untuk membahagiakannya
  • Ingin membantu Matain belajar ABC
SANGAT JUJUR :D
  • Bertanya kepada Emak mengapa Matain dipukul olehnya walhal Matain hanya seorang anak yang terencat otak dan semua harus memahami keadaannya
  • Menerangkan secara lembut & ringkas mengapa Emak tidak patut memukulnya
Apa-apa yang katakan mengenainya:
  • "Matain! Kamu buat apa di tanah itu? Mari naik kakak ajar ABC!"
  • Menunjukkan bahawa Kak Jarah masih ada harapan untuk merealisasikan masa depan Matain walaupun Matain terencat akal dan tidak sempurna
  • Kak Jarah merupakan seorang daripada keluarganya yang masih sabar dan teguh dengan perangai Matain

Sumber gambar: dipetik daripada Google :B



Isnin, 12 Julai 2010 @ 1:11 PG

anak bumi tercinta.

Tugas: cari makna buat beberapa perkataan di dalam cerpen Anak Bumi Tercinta untuk mengukuhkan lagi kosa kata kita :D

HALAMAN 124.
HALAMAN 125:
  • Pacat: sejenis binatang (lintah) yang menghisap darah
  • Menggelembir: macam dodol
HALAMAN 127:
  • Terserandung: tersandung (tripped on smth)
  • Selangkah: satu langkah (eg. Dia mengambil selangkah ke hadapan)
  • Mengkerekah: tidak boleh duduk diam
  • Kelubun: sejenis tumbuhan (rumput)

Sebenarnya saya gagal mencari makna untuk 3 perkataan saja. Tiada di dalam kamus HAHAHA :D



Jumaat, 9 Julai 2010 @ 3:36 PG

patung kencana dari kuripan.


Walaupun saya tidak begitu mahir dalam program komputer,
saya berjaya menghasilkan peta minda Patung Kencana Dari Kuripan :D
Saya menyusur sepuluh jari minta maaf jika peta minda ini tidak seberapa informatif. Jika ada masanya, saya akan mengulas sipnosisnya dan memuatnaikkan ke sini secara kesinambungan kepada pos ini. Sekarang, saya mahu tidur! Sudah 3 pagi :O

TOLONG TAG, YA. (:



Isnin, 3 Mei 2010 @ 8:11 PTG

Laksana wau melawan angin.

Mohon maaf jika tema tidak seberapa sesuai dengan pelajaran kita. HAHA :B
Berikut merupakan sajak pertama yang saya pernah tulis sendiri :D

Pelbagai cabaran yang ku harus harungi
Pelbagai masalah yang ku hadapi
Tapi aku harus tabah
Demi keagungan cinta kita

Wang diboros seperti sampah
Masa dibuang seperti emas
Tapi aku harus bekerja
Untuk mencari nafkah sekeluarga

Aku terpaksa menjual diriku
Aku tak ingin kita tidur
Di tikar mengkuang lusuh
Bertemankan pelita minyak tanah

Tapi akhirnya
Akan binasalah diriku
Laksana wau melawan angin
Kerana aku hanya sampah di mata Tuhan

Huraian: Pelacuran yang berlaku di kalangan perempuan Melayu Singapura selalunya terpaksa kerana ia terbukti cara terpantas untuk mendapatkan wang demi keperluan masing-masing. Mereka sedar ia salah di sisi undang-undang agama Islam tetapi kebanyakan menutup mata sebelah kerana mereka tiada pilihan lain. Namun, wang diterima haram. Pada pendapat saya, meminta sedekah atau bantuan daripada badan-badan tertentu di Singapura lebih baik daripada mencemarkan nama Islam bak kata pepatah, menconteng arang di muka. Pelacuran di antara orang melayu harus dicelah. Setapak demi setapak, mata semua akan terbuka melihat realiti, dan mereka akan berinsaf, insya Allah.

Label: